Tuesday, August 17, 2010

"Puasa Yang Yok" ape tu..???

anda pernah dengar kata2 diatas..?? emm mgkin ada yang tau.. ye la di bulan puasa ni lagi2 bila berjauhan dgn family mcm2 yg kt teringatkan. Rindu kat family satu hal. xdpt sahur n buka puasa sama2.. sedih kan..?? tapi tu la namenya dugaan n ujian.. ada kawan2 di sisi sahur n buka sama2 pun dah kire ok la.. bila lagi kan.. pasni dah susah nak jumpa dah.. dah final year masing2..

ok la nak cerita la pasal tajuk ni puasa yang yok.. Teringatlah dulu mase kecik2, mase nak belajar puasa, bukan main susah lagi ka. Selalu je puasa setengah hari, balik sekolah tengahari tu da sibuk mintak nak buka. hahaha. Budak2 lagi kan. Kat sekolah ramai kawan2 xpuasa, sbb ptg tu mereka terus sekolah agama so xalik umah, ada tu yg makan dalam toilet.. macam2 ragam kawan2 aku masa tu.. senang cerita ramailah budak2 sekolah yang puasa yang yok masa mula2 nak belajar puasa. lama2 da pandailah. Mak n arwah nenek la yg perkenalkan statement "puasa yang yok" tu .. mak selalu cakap puasa yang yok pagi2 buka periuk. tp tu dululah masa kecik2.. baru nak belajar.. hehe.. Bila da besar da semakin faham dan pandailah. Bila da bergelar remaja da matang sikit.


Dalam al-Quran juga ada ayat yang mewajibkan kita menunaikan rukun islam ke 3 iaitu PUASA..

Firman Allah s.w.t :

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. (iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka) maka (wajiblah baginya bevpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak beupuasa) membayar fidyah, (iaitu) memberi makan orang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui “
(Al-Baqarah: 183-184)


Allah berfirman yang ditujukan kepada orang-orang beriman dari umat ini, seraya menyuruh mereka agar berpuasa. Iaitu menahan dari makan, minum dan bersenggama dengan niat ikhlas karena Allah Ta’ala. Kerana di dalamnya terdapat penyucian dan pembersihan jiwa, juga menjernihkannya dari fikiran-fikiran yang buruk dan akhlak yang rendah.

Jelaslah bahawa puasa itu adalah wajib. Kanak-kanak perlu diajar berpuasa dari kecil lagi. bukan senang nak ajar berpuasa ni. sedangkan yang da besar2 pun susah lagilah budak2. Teringat satu pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Sebagai seorang yang telah dewasa menjadi tugas kita mengajar adik2 kita berpuasa, biarlah bermula dengan puasa yang yok, kerana lama kelamaan akan puasa penuh.

No comments:

Post a Comment