Tuesday, March 22, 2011

~ SATU CINTA~


~~tiada cinta lain yang sungguh kekal & agung kecuali cinta ILAHI ~~

lirik lagu Star Five – Satu Cinta

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Engkau satu cinta
Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

Monday, October 25, 2010

1..... 2..... 3...... go !!!



1.....2.....3..... go !!!!!

bermulah pecutan terakhir menjelang hari peperiksaan di UKM bagiku..
aku akn terus berlari.. berlari dan berlari untuk sampai ke garisan penamat..
mungkin masih jauh tapi aku akn cuba dan berusaha selagi aku mampu..
perjalanan hidup seorang insan tidak pernah terhenti selagi hayat masih dikandung badan..
so.. teruskan perjuangan anda..
selangkah demi selangkah menuju Al-Falah demi mencari dan mendapatkan keredhaan ILAHI.. insyaALLAH..
  1. 27/10/2010 (12pm) - PSIKOLOGI MASYARAKAT ISLAM
  2. 29/10/2010 (8.30am) - TEKNOLOGI MAKLUMAT DAKWAH
  3. 31/10/2010 (12pm) - ADAB AL-IKHTILAF
  4. 1/11/2010 (3.30pm) - KAUNSELING ISLAM
  5. 10/11/2010 (8.30pm) - METODOLOGI DAKWAH MUSLIM
maka di saat2 akhir ni barulah bertungkus lumus menghafal dan membaca semua nota..
selalu baca jugak tapi cuma kali ni lebih serius..
lagi seronok study sorang2 dalam bilik daripada study ramai2..
study group perlu juga bila ad yang xfaham..
kalau study ramai2 xleh nak fokus..
yela tgok org semua khusyuk study akn mengganggu konsentrasi kita.. huhu..

ok.. selamat maju jaya kepada semua sahabat terutamanya dakwah08 modul kauseling, pengurusan dan komunikasi .. bitaufiq wannajah... smg d permudahkan urusan oleh ALLAH..
GOOD LUCK !! JIAYOU!!!..

salam jihad semanis perjuangan





Sunday, August 29, 2010

makan banyak tapi jimat tanpa berbelanja lebih.... boleh ke..??


jusepal


puding roti


pau sambal a.k.a burger malaysia


sayur kangkung


sambal sotong


cheese tart


air asam boi


rendang daging


berdasarkan persoalan diatas saya akan jawab boleh...
sebabnya saya sendiri boleh buat macamtu..
senang je.. pakat2 lah dengan kawan2 .. share-share bak kate org jawa ( eh bukan2, bak kate org inggeris hehe)

di bulan puasa ni sedap je tengok macam2 makanan yg sedap..rase semua nak beli.. ni ada pantun dari saya :

pergi bazar bdr bru bangi
tengok kanan tengok kiri
rasa macam semua nak beli
tapi AWAS! jgn terlalu ikutkan hati

cube tengok pic2 tu..
amboi! banyaknya makan.. tapi ni bukan makan sorang tapi ber5 dengan kawan2
yg sambal sotong tu dimasak oelh seorang akak yg sangat pandai memasak.. kak lin..
air tu beli je, kami cume buat air sarsi..
rendang tu di bawa oleh cik ema dari uma.. sedap.. puding roti tu pun dia yang bawa..
cheese tart tu yang aku mengidam.. beli je la.. tak reti nak buat..
hanya bermodalkan satu nilai yang sedikit kami ber5 dpt mkn macam2..
siap untuk makan pas terawih lagi.. hehe .. terawaih pulak kat depan menara KLCC ( hanyalah replika) hahaha..
inilah pengalaman berbuka puasa yang tidak akan dilupakan.. insyaALLAH tahun depan dapat jumpa lagi bulan Ramadhan dan buka puasa sama2 lagi walaupun masing2 dah berpisah membawa haluan masing2..
terima kasih kepada kak lin, teha, kak mawadah n cik ema.. =)
senang je sebenarnya nak berjimat.. tak perlu belanja lebih..
cukup untuk berbuka moreh n sahur sekali..
selamat meneruskan ibadah puasa yang tinggal hanya beberapa hari..
rebutlah peluang keemasan di 10 malam terakhir ini..
semoga Ramadhan kali ini lebih baik..

nak couple tak..???




Isu pembuangan bayi yg sedang hangat d dada2 akhbar dan media massa seringkali dikaitkan dengan ZINA.. Ya ALLAH ... terlalu banyak kes yg berlaku.. sehinggakan aku berfikir panjang, mengapa semua ini berlaku.. nak salahkan siapa...????? aku sendiri menjadi takut.. macam2 yg aku takutkan.. Adakah zina yang berlaku ini semua KERANA CINTA...??? macam2 andaian, macam2 sebab, macam2 punca... kebanyakannya melibatkan golongan muda dan remaja..


Firman Allah S.W.T:

(٣١) وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬

Maksud : Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

dalam al-Quran sendiri melarang menghampiri zina.. bagaimana untuk membanteras masalah ini..?? bukan tak ada pihak yang mencuba, tapi masih tak nampak kesannya.. ayuh remaja bangkitlah, sedarlah bahawa keseronakan itu hanyalah sementara.. peliharalah diri, jagalah peribadi, pertahankan maruah.. jangan mudah percaya pada pujuk rayu dan hasutan SYAITAN DURJANA...

kerana CINTA.. sanggup korbankan segala-galanya.. MASYAALLAH.. YA ALLAH jauhkan lah kami dari segala dosa dan maksiat.. peliharalah kami.. Bukan tak bolah nak berkawan tapi ada batas2nya.. elakkan la pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan..

Tapi budak2 zaman sekarang tak kisah.. ikut suka hati je.. sape la yg xde perasaan ingin bercinta dan dicintai kan..?? rasanya majoriti org ada rasa macamtu.. tapi AWAS!!! jangan sampai ia menjerat diri sendiri.. Nah .........segalanya bermula dgn CINTA.. xpuas dgn berSMS, bergayut berjam2 kat telefon, msih xpuas lg nak jumpa la pulak.. nak jumpa berdua je pulak tu.. SYAITAN la yg jd penemannya..



Sesungguhnya terdapat enam perkara yang mend
ekatkan diri kita kepada zina. Moga kita sama-sama dapat memelihara diri kita dari menghampiri dan kemudiannya melakukan perkara-perkara tersebut yang antaranya :

1. (Melihat) نظرة
-Zina itu bermula apabila seseorang itu tertarik kepada pasangan yang berlainan jantina dengannya


2. (Senyum)فسامهم
-Seterusnya senyuman diukir untukmenarik perhatian masing-masing


3.(Memberi Salam) فسلام

- Salam diberi sebagai tanda memulakan hubungan

4.(Bercakap Kosong) فكلام
-Setelah mengenal hati budi masing-masing, seringkali mnelefon dan menghantar mesej yang semuanya dipenuhi dengan cakap kosong dan angan-angan cinta


5. (Berjanji)فموعدون
- Mula mengikat janji untuk berjumpa untuk mengenali dengan lebih dekat dan melepaskan rindu di hati


6. (Berjumpa) فلقاءون
-Dan satu perjumpaan diadakan berdua-duaan (tiga sebenarnya - yang ketiga makhluk bernama syaitan) maka akan berlakulah zina di mana nafsu tidak mampu menahan amarah, disinilah permulaan zuriat dibuang di longkang-longkang, di celah-celah belukar serta semak samun, di tong-tong sampah, di jalanan dan juga di kaki lima. Di sinilah permulaan tergadai segala kehormatan diri. D
isinilah permulaan untuk melepaskan nafsu yang tidak pernah kenal kepuasan dan maruah diri.

YA ALLAH.. PANDULAH KAMI KE JALANMU.. AGAR KAMI TIDAK SESAT DAN MENYESATKAN.. BERILAH KAMI PETUNJUK DAN HIDAYAH.. JIKA KAMI LALAI BERILAH KAMI PERINGATAN..

Aku mengingatkan diri aku sendiri agar lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan, semoga ALLAH sentiasa merahmati kita, mempermudahkan segala urusan kita, menjauhkan kita dari melakukan dosa dan maksiat dan memelihara kehidupan kita.. Marilah kita bersama mendekatkatkan diri padaNYA.. kita buru bersama CINTANYA yang hakiki yang abadi tiada tandingan..


Friday, August 27, 2010

Sedapnya Tidur..... malas nak bangun...


alala comelnye tengok baby tidur..

tidur memangla best, nikmatnya bila dapat tidur kan..??
lagi2 bila tgah penat.. fuhh mmg malas nak bangun la bila da tidur..
tapi demi tugas dan tanggungjawab kpd ALLAH kena la bangun untuk solat..
janganlah sampai tidur berlebih-lebihan.. tak elok tau.. lagi-lagi di bulan Ramadhan ni ramai org yang selalu tertidur lepas subuh.. tak elok sebenarnya.. nak tidur ada waktu2nya.. ni tak bila time tidur tak tidur tapi bila time tak elok tidur, time tu la sedap nak tidur ek.. huhu..

nak tidur pun ade carenya.. yang penting doa nak tidur tu jangan la lupa..

Manakala tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan sebab paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. So, jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut pula akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.



tenang bila dapat tidur..

Wednesday, August 25, 2010

Malu menyatakan CINTA....


..DIA KEKASIH ALLAH..
(HIJJAZ)

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah

teruskan perjuanganmu.. =)

5 Anggerik(AK) 2005 smk dato'penggawa barat pontian


kawan2 perempuan class 5 Anggerik

class f6 di SMKA Bandar penawar Kota Tinggi, johor. 2006-2007

JPDK batch 08/09/10/11

lagu ini ditujukan buat semua kawan2,teman2,rakan2 n sahabat2..


Brothers

Selamat Berjuang

Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya
Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya
Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya
Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita
Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan
Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan